Kastam Sabah rampas dadah bernilai lebih RM4j tahun ini
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Tahun ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas sebanyak 112.15 kilogram dadah yang bernilai RM4.08 juta.
Pihak kastam sentiasa memantau setiap sempadan dan pintu-pintu masuk utama di negara ini bagi mengekang kemasukan penyeludupan dadah, kata Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Abdul Halim Bin Ramli berkata.
“Selain dadah, pada Januari JKDM Sabah juga berjaya merampas sebanyak 27,798,021 batang rokok yang diseludup dengan nilai rampasan RM1.43 juta membabitkan nilai cukai sebanyak RM .59 juta.
“Jumlah nilai rampasan dan minuman keras pula adalah RM 35,290.32 dengan nilai cukai sebanyak RM2.86 juta,” katanya di majlis perasmian Wisma Kastam Lahad Datu bernilai RM16 juta di sini pada Rabu.
Beliau berharap, kastam Sabah akan sentiasa komited dan berusaha keras untuk memastikan aktiviti-aktiviti penyeludupan dapat dibenteras dan dikekang.
Ini katanya, kerana usaha mematahkan kegiatan penyeludupan adalah usaha jabatan untuk memastikan hasil negara tiada ketirisan.
Abdul Halim berharap dengan adanya bangunan yang baru ini ia akan memperkasakan sistem perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif kepada orang ramai.
“Saya mahu warga JKDM kekal fokus terhadap tanggungjawab yang diamanahkan dengan bekerja secara harmoni dan menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi ketika menjalankan tugas,” jelasnya.
Beliau mahu pendekatan penyampaian perkhidmatan diubah dengan memperkasa khidmat nasihat dan bertindak sebagai pemuda cara kepada para pelanggan JKDM.
– Tv Sabah News
0 Comments