Monday, December 23, 2024

Kutipan hasil kastam Lahad Datu melonjak

Ryio Kenji


LAHAD DATU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lahad Datu menyaksikan lonjakan ketara hasil apabila ia memperolehi kutipan sebanyak RM212.94 juta tahun lalu.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato Abdul Halim Bin Ramli berkata, ia adalah peningkatan yang banyak. Pada tahun 2020 kutipan hasil diperolehi hanya RM16.82 juta manakala tahun sebelumnya adalah RM11.84 juta.

“Hasil kutipan cukai pada tahun lalu melonjak sebanyak RM212.94 juta. Ia adalah pencapaian yang amat membanggakan,” katanya di majlis perasmian Wisma Kastam Lahad Datu, di sini pada pagi Rabu.

Katanya, setakat November 2022, jumlah kutipan hasil Lahad Datu sudah mencecah sebanyak RM252.12 juta di mana kutipan hasil terkumpul ini melebihi unjuran yang ditetapkan.

Unjuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM199.76 juta dan lebihan kutipan hasil pula melebihi 25 peratus jumlah unjuran.

Sementara itu katanya, jumlah kutipan hasil bagi seluruh Sabah mencecah RM1.81 billion.

“Dengan berbaki dua bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, saya yakin JKDM Lahad Datu berada di landasan yang tepat untuk mencapai KPI yang ditetapkan.

“Saya optimis JKDM Sabah akan mencipta rekod pencapaian baharu untuk jumlah kutipan hasil tahunan. Ini secara tidak langsung akan membawa impak positif kepada jumlah kutipan hasil bagi JKDM secara keseluruhannya, katanya.

Melihat kepada statistik pencapaian hasil JKDM Lahad Datu dengan 55 pegawai, boleh disimpulkan bahawa perbelanjaan kos sebanyak RM16 juta untuk membina Wisma Kastam Lahad Datu ini adalah berbaloi melihat kepada jumlah kutipan yang dicapai sejak 2019.

Ini katanya, peningkatan hasil yang dikutip oleh JKDM Lahad Datu memberi sumbangan kepada kutipan keseluruhan JKDM di mana hasil tersebut dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk faedah.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights