Dr Max dapat lampu hijau daripada Star kekalkan KM
KOTA MARUDU: Penyandang Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mendapat sokongan padu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) untuk mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-15 ini.
Sokongan itu disampaikan kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu oleh pemimpin Bahagian Star Tandek semasa kunjungan kehormat di sini Jumaat.
Delegasi diketuai oleh pengerusi bahagian Joel Masilung, timbalannya Datuk Anita Baranting dan Ketua Penerangan Datuk Dr George Sangkin.
“Dr Maximus sangat gembira bertemu dengan pemimpin Bahagian Star Tandek. Persediaan untuk PRU15 sudah dibincangkan. Dan pastinya pemimpin Star di Tandek akan mengukuhkan sokongan akar umbi GRS,” kata Dr Sangkin kepada TV Sabah News Jumaat.
Menjelang pilihan raya nanti, Dr Maximus akan dicabar oleh bekas ahli GRS Bersatu Kota Marudu, Datuk Westrom Bahanda yang pencalonannya sudah diumumkan oleh Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony dua hari yang lalu.
Bahanda adalah Pembantu Menteri dalam Kerajaan Negeri Gabungan GRS-BN tetapi meletak jawatan kerana mahu menyertai parti pembangkang Parti Warisan. Namun, beliau mengubah fikiran dan menyertai KDM. Dia mengekalkan kerusi DUN Bandau.
Dr Maximus memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 memperolehi 13,033 undi dengan majority tipis 1,774 berbanding 11,259 undi yang diperoleh Datuk Maijol Mahap daripada Parti Harapan Rakyat Sabah.
Dua lagi calon Barlus Magabis dari Parti Warisan memperoleh 7,113 undi manakala Dr Paul Porodong dari Parti Cinta Sabah mendapat 2,501 undi.
– Tv Sabah News
0 Comments