Tuesday, December 24, 2024

Calon GRS dan BN ‘bertembung’ di Pensiangan?

KENINGAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Bung Mokthar Radin pernah memberi jaminan bahawa tidak akan ada pertembungan dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) apabila mempertaruhkan calon-calon dalam pilihan raya kali ke-15 ini.


Namun apa yang mungkin berlaku sekarang tidak seperti yang dijanjikan. Sebaliknya ketika berada di lapangan kerja, kegiatan politik yang dilakukan gabungan ini tidak seperti yang diikrarkan tetapi menyaksikan‘pertembungan’ apabila kedua-dua parti dijangka meletakkan calon di beberapa kawasan.


Gabungan GRS terdiri daripada Bersatu, Star, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) danUsno. Parti dalam BN pula ialah Umno, PBRS, MIC dan MCA. GRS pimpinan Bersatu-BN Sabah adalah gabungan dalam Kerajaan Negeri tetapi bertanding sesama sendiri di Semenanjung Malaysia.


Ada 25 kerusi parlimen diperuntukkan bagi Sabah dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Star bersedia untuk menentang PBRS dan mengisytiharkan mahu meletakkan calon di sekurang-kurangnya lima kerusi MP di mana Pensiangan adalah salah satu daripadanya.


Minggu lalu Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup menggesa BN Sabah untuk pergi secara solo dalam pertandingan di negeri ini pilihan raya umum pada 19 November, kerana bergabung dengan GRS hanya akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dan pembangkang terutamanya, Parti Warisan.


Menjawab gesaan Kurup itu, Penolong Setiausaha Agung Parti Star Rizal Johari yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan, menyatakan kesediaan untuk ‘bertembung’ dengan PBRS untuk merebut kerusi Pensiangan.

Anak lelaki Kurup, Arthur Kurup adalah penyandang Ahli Parlimen di sana. Arthur adalah timbalan presiden PBRS dan menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Pensiangan untuk BN.

Beliau memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 9 Mei 2018 dengan 11,783 undi dengan majoriti undi 2,314 menentang pencabar terdekatnya Raymond Ahuar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh 9,469 undi.


Richard Joe Jimmy dari Star memperoleh 2,839 undi. Dua calon lain kehilangan deposit iaitu Maidin Atak dari Parti Cinta Sabah (212 undi) dan Engah Sintan Bebas (65 undi).

Hujung minggu ini (28 Oktober) GRS akan melancarkan `Jentera Pilihan Raya” untuk Pensiangan di pejabat GRS-Star di Kampung Biah Tengah, Sook. Tidak diketahui sama ada BN atau Arthur dijemput hadir di majlis tersebut.


Jika Star meletakkan calon di Pensiangan, calonnya ialah Datuk Ellron Angin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, sebuah DUN di bawah Pensiangan. Ellron, yang merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri memenangi Sook dalam pilihan raya negeri 26 September atas tiket PN parti PBRS.

Ellron meninggalkan PBRS untuk menyertai Parti Star. Beliau adalah Timbalan Presiden Star ketika ini.
Star Sabah akan meletakkan calon bagi kerusi Parlimen Pensiangan dan berita ini disahkan lagi dengan penganjuran majlis pada hari Jumaat ini yang akan dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi GRS Datuk Dr Jeffery Kitingan.


Ellron adalah antara yang dilaporkan akan hadir dalam majlis itu nanti bersama ADUN Tulid Flovia Ng, yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Sama ada ‘pertandingan persahabatan’ ini berjalan lancar atau tidak, orang ramai mempunyai masa sehingga hari penamaan calon pada 5 November untuk berfikir dan membuat keputusan.
Ada seramai 55,453 pemilih berdaftar di Pensiangan, meningkat 24, 076 berbanding 31,377 pemilih berdaftar pada pilihan raya umum 2008.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights