PRU15: Remaja Undi18 digesa keluar mengundi

TELUPID: Generasi muda dalam Undi18 yang layak mengundi secara automatik digalakkan keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan raya umum kali ke-15 pada 19 November depan.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengingatkan generasi muda di Telupid dan juga di seluruh Sabah untuk keluar mengundi pada hari yang ditetapkan itu.
“Ini merupakan peluang pertama kali yang disediakan kerajaan kepada golongan ini untuk turut serta dalam proses demokrasi negara kita,” katanya di majlis Program Pemimpin
Bersama Anak Muda dan Pelancaran Troop183 di Telupid, kelmarin.
Kelayakan pengundi berusia 18 tahun telah diwartakan pada Disember 2021 yang lalu di mana remaja Malaysia berusia 18 hingga 21 tahun kini mempunyai hak untuk mengundi dalam PRU-15 nanti.
Menurut Ronald, aspirasi anak-anak muda diambil kira oleh kerajaan dalam perancangan dasar-dasar negara supaya golongan ini tidak terpinggir.
Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan kehadiran lebih 400 orang belia dari daerah itu di Dewan Kampung Telupid dalam sesi Program PemimpinBersama Anak Muda dan Pelancaran Troop183 di Telupid.
“Bagi saya saya program ini merupakan aspirasi golongan muda untuk kita angkat dan mendengar masalah anak-anak muda khususnya di kawasan luar bandar.
“Ketika sesi berdialog, saya mendengar dengan teliti keluhan dan aspirasi masa depan anak-anak muda ini dan juga merasa semangat yang ditunjukkan untuk memberi sokongan kepada kerajaan,” katanya.
Platform itu dijadikan tempat mereka bertukar pendapat dan melontarkan buah fikiran untuk memahami isu-isu politik semasa.
Katanya, semua yang dibincangkan akan diambil. Saya juga melihat mereka akan lebih bertanggungjawab untuk mengangkat demokrasi dengan membuang undi pada pilihan raya umum nanti.
Turut hadir Jonnybone J Kurum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Telupid dan Samad bin Jambri Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri
Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk.
– Tv Sabah News