Tuesday, December 24, 2024

Jumlah pengundi naik ‘luar biasa, meragukan’

Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan

KOTA KINABALU: ‘Luar biasa dan meragukan’ demikian komen Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengenai dakwaan berlaku peningkatan yang besar jumlah pengundi di kawasan Parlimen Keningau.

Beliau, yang juga mantan Ahli Parlimen Keningau, mendapati dakwaan peningkatan melebihi 70 peratus jumlah pengundi di kawasannya itu amat luar biasa.

Menurutnya, jumlah pengundi di Parlimen Keningau pada tahun 2018 hanyalah 51,777 tetapi dalam kiraan terbaru tahun ini, ia didakwa meningkat mendadak kepada 87,371 orang. Ia adalah peningkatan sebanyak 70.7 peratus.

Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri memenangi kerusi itu pada pilihnraya umun ke 14 (9 Mei 2018) dengan hanya 47 undi majoriti dalam pertarungan enam penjuru. Calon Parti Warisan Jake Nointin mendapat 13, 241 undi manakala calon Nasional Datuk Daniel Kinsik mendapat 12,742 undi.
Beliau mengulas demikian selepas selepas rakan seperjuangan dalam GRS, Parti Maju Sabah (SAPP) mendedahkan berlaku peningkatan itu.

Dr Jeffrey dimaklumkan bahawa jumlah Undi18 di Keningau kurang daripada 8,000 orang.
“Adalah mustahil kita boleh mencapai peningkatan sebanyak 30,000 dalam tempoh kurang daripada lima tahun. Macam ada yang tidak betul,” katanya.

Sebelum ini, SAPP mendedahkan peningkatan jumlah pengundi di Sabah yang disifatkan amat “mengejutkan”.

Ketua parti berkata, daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan peningkatan pengundi baru sebanyak 53.9 peratus, iaitu daripada 1,064, 686 pada 2008 kepada 1,638,806 tahun ini.

Peningkatan yang banyak itu membuatkan presiden parti Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengesyaki ia hasil daripada skandal Projek IC. Berdasarkan kajian awal daftar pengundi tahun 2022, kebanyakan pengundi baru berumur antara 30an dan 60an.

Katanya, ini menghairankan dan tertanya-tanya bagaimana ada jumlah pengundi yang berada dalam lingkungan umur itu dalam jumlah yang besar.

Dr Jeffrey berkongsi kerisauan Yong dan menuntut agar pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

“Pengundi Sabah juga amat terkejut dengan pendedahan ini. Mereka menuntut jawapan daripada pihak berkuasa dan mahukan tindakan segera diambil untuk memperbetulkan kesilapan,” katanya.

-Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights