Pesta Gong Matunggong martabat warisan budaya Sabah

IMG 20261025 WA0008

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

MATUNGGONG: 25 Oktober 2026 – Pesta Gong Sabah 2026 di Dewan Terbuka Pekan Baru Matunggong menjadi platform mengangkat khazanah tradisional negeri ini, sekali gus memperkenalkan keunikan budaya masyarakat tempatan dan memelihara warisan seni gong.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata penganjuran pesta itu penting memastikan seni gong terus dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.

“Pesta Gong bukan sekadar acara kebudayaan, malah platform memperkenalkan warisan tradisional Sabah, keunikan budaya masyarakatnya, memupuk perpaduan.

“Platform ini membolehkan generasi muda mengenali, mempelajari, menghargai warisan budaya mereka. Seni muzik, pembuatan gong mencerminkan kreativiti, kemahiran, nilai kehidupan yang diwariskan turun-temurun,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Julita Majungki, pada Sabtu.

Bertemakan “Gema Gong, Semarak Budaya”, Hajiji berkata tema itu melambangkan warisan, kebanggaan dan identiti masyarakat, di samping menyeru semua pihak mengekalkan tradisi, menghargai kepelbagaian dan mewariskan khazanah kepada generasi akan datang.

Beliau menyeru pembuat gong dan pihak dalam industri alat muzik tradisional supaya terus berinovasi.

“Kekalkan keunikan warisan, teroka reka cipta moden yang memenuhi cita rasa semasa, berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Sokongan pelbagai pihak penting untuk memelihara seni pembuatan gong. Golongan muda perlu dilibatkan supaya kemahiran ini terus diwariskan,” katanya.

Hajiji menegaskan Kerajaan Negeri komited memartabatkan kebudayaan sebagai pemacu pelancongan tempatan, selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pelancongan budaya berpotensi menjana ekonomi komuniti, khususnya di luar bandar. Kepelbagaian seni, budaya etnik Sabah merupakan aset bernilai yang menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Pelihara, promosikan keunikan ini secara kreatif, termasuk melalui teknologi digital supaya dikenali di peringkat global,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal