Jerebu bertambah baik, hanya tiga stesen catat IPU tidak sihat

6883c338 df43 42fe 9426 732976a693ca

KOTA KINABALU: 7 September 2026 — Kualiti udara di Sabah menunjukkan perkembangan positif dengan hanya tiga stesen mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang ini.

Stesen Politeknik merekodkan bacaan tertinggi iaitu 156, diikuti Kota Kinabalu 152 dan Kimanis 151.

Tiga stesen lain mencatatkan bacaan sederhana iaitu Tawau 81, Keningau 84 dan Sandakan 76.

Jumlah itu menurun berbanding lima stesen yang mencatatkan bacaan tidak sihat pada 1 September lalu.

Kualiti udara Sabah masih terjejas akibat jerebu rentas sempadan berpunca dari kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan.

Menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), 224 titik panas masih aktif di Kalimantan dan 234 di Sumatera berdasarkan cerapan 6 September.

Tiada titik panas dikesan di Sabah berdasarkan imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut tidak mengesan kebakaran besar di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau.

Setakat 7 September, sebanyak 534 rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan terus memantau bacaan IPU semasa dan mendapatkan nasihat kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

JAS turut mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kejadian kebakaran kepada talian 999 atau JAS di talian 1-800-88-2727.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal