IPU Kota Kinabalu 154, sekolah ditutup jika cecah 200

420EA06C ED22 4E8F B980 F7074971CB3F 8AE89333 0F60 406F B402 42EF29E3E0F6

KOTA KINABALU: 31 Ogos 2026 — Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kota Kinabalu berada pada tahap tidak sihat dengan catatan 154 setakat jam 6 petang hari ini.

Sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU mencecah 200.

Kimanis turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 152, diikuti Keningau dengan 103 dan Tawau 102, manakala Sandakan merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 81.

Menurut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 400 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Keadaan jerebu di Sabah dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan, dengan sebanyak 324 titik panas dikesan di wilayah itu berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada titik panas dikesan di Sabah berdasarkan imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah juga tidak mengesan sebarang kebakaran besar di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau.

JAS terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan untuk mencegah pembakaran terbuka, dengan sebanyak 474 rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka telah dijalankan setakat ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU dan mengambil langkah pencegahan kesihatan sepanjang keadaan jerebu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal