Pemimpin, masyarakat diseru hayati, amalkan ajaran Al-Quran

Untitled design

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PUTATAN: 29 Ogos 2026 – Pemimpin dan masyarakat diseru menghayati, mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW untuk memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sempena Program Mahrajan Kesenian Islam dan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari berkata, kefahaman terhadap ajaran Islam penting untuk memastikan urusan pentadbiran, pembangunan ekonomi rakyat dan pendidikan anak-anak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

WhatsApp Image 2026 08 29 at 11.27.08 AM 2

“Begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini, harus dan wajib mengamalkan apa sahaja yang diajar melalui al-Quran dan juga sunnah-sunnah nabi.

“Kita tidak boleh beranggapan bahawa kita orang Islam, kita majoriti, kita ketepikan yang lain atau kurang pedulikan yang lain,” katanya.

WhatsApp Image 2026 08 29 at 11.27.08 AM

Beliau turut menyeru pemimpin di semua peringkat agar memimpin secara ikhlas dan bersih daripada sebarang bentuk ketidakadilan dan penindasan.

Awang Ahmad berkata, sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi platform untuk masyarakat menghayati sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan mengambil pengajarannya.

Pada majlis itu, Sekolah Agama Negeri (SAN) Integrasi Putatan dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sepanduk Terbaik, manakala Masjid Nurul Ihsan Kg. Ketiau memenangi Kontinjen Terbaik kategori terbuka dan SMK Putatan untuk kategori sekolah.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal