KOTA KINABALU: 29 Ogos 2026 – Kira-kira 1,000 jemaah menyertai Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran, Solat Hajat sempena Hari Kebangsaan Hari Sabah di Masjid Negeri, di sini, Jumaat.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Hajiji Noor turut hadir pada majlis berkenaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Mufti Negeri Sabah, Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar kemudian memimpin bacaan doa selamat sebelum menyampaikan khutbah bertajuk “Jiwa Merdeka: Perjuangan Belum Selesai”.
Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, Malai Ali Malai Ahmad turut menyampaikan tazkirah ringkas.
Jemaah kemudian menunaikan Solat Jumaat sebelum menunaikan Solat Hajat yang diimamkan oleh Suhaidi.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III, Masidi Manjun. Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan, Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama Negeri. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan, Industri Kreatif, Nizam Abu Bakar Titingan. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Sabin Samitah seterusnya, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Azman Sipan.
Sumber: JAPEN

