SKCCM 2026 pacu pelancongan domestik Sabah

73445e1c 9894 43ad 81f8 647ebc087e0c

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 15 Ogos 2026 – Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) 2026 yang berlangsung di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu dari 14 hingga 16 Ogos menjadi platform mempromosi produk dan pakej pelancongan tempatan, selain menggalakkan rakyat meneroka destinasi domestik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, penganjuran SKCCM di Sabah merupakan lokasi ketiga daripada enam siri jelajah yang turut membuka ruang kepada pemain industri pelancongan berinteraksi secara langsung dengan pengguna.

Beliau berkata, dua lokasi terdahulu di Kuantan dan Johor merekodkan jumlah jualan sebanyak RM1.27 juta, sekali gus memberi keyakinan terhadap sasaran keseluruhan SKCCM 2026.

Katanya, sebanyak 40 peserta terdiri daripada hotel, resort, inap desa, agensi pelancongan, tarikan pelancongan, sektor makanan dan minuman menyertai karnival berkenaan.

“Pelancongan ialah industri yang unik kerana kejayaannya bergantung kepada sokongan pelbagai sektor lain, termasuk pertanian, makanan, infrastruktur dan masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan SKCCM 2026 di Imago Shopping Mall, hari ini.

f3329687 eb6b 4d3e 8c2a 8aaced5cd483

Menurut Chan, jumlah pelancongan domestik Malaysia meningkat 7.2 peratus kepada 74.7 juta orang pada suku pertama 2026 berbanding 69.7 juta orang pada tempoh sama tahun lalu.

Dalam tempoh sama, perbelanjaan pelancongan domestik turut meningkat 15.8 peratus kepada RM34 bilion.

Beliau berkata, Sabah merekodkan 2.3 juta ketibaan pelawat domestik pada 2025, mencerminkan potensi negeri itu sebagai antara destinasi pilihan utama pelancongan domestik.

SKCCM 2026 yang bertemakan “Eksplorasi, Pengalaman, Teruja” akan meneruskan siri jelajah ke Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak selepas Sabah.

Chan turut menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi domestik, selain mengajak rakyat dari negeri lain menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan percutian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal