Kerajaan Sabah Mohon Peruntukan Tambahan RM1.61 Bilion

d183faa9 c1ce 4e3c 8a0a 5aae76d40cfd 3DD2A3BA 2C71 408C B2C4 5313E7312D50 1

KOTA KINABALU: 20 Julai, 2026 — Kerajaan Sabah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 melibatkan permohonan peruntukan tambahan RM1.6126 bilion untuk menampung keperluan 53 kepala perbelanjaan sehingga penghujung tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi memastikan operasi pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar sehingga akhir tahun 2026.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan syor RUU Perbekalan Tambahan 2026 di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Menurut Masidi, peruntukan tambahan itu merangkumi enam kategori utama: caruman kepada kumpulan wang berkanun (RM856 juta), perbelanjaan operasi (RM278 juta), pelaburan (RM210 juta), perbelanjaan pentadbiran (RM162 juta), pemberian dalam negeri (RM93 juta) dan peruntukan khas (RM13 juta).

“Semua anggaran tambahan ini adalah mustahak untuk melancarkan operasi pentadbiran Kerajaan Sabah sehingga akhir tahun 2026,” katanya.

Daripada jumlah itu, RM856 juta atau 53 peratus diperuntukkan untuk caruman kepada Kumpulan Wang Berkanun yang tidak melibatkan aliran tunai, sebaliknya hanya pelarasan perakaunan (book transfer) untuk memenuhi keperluan perundangan kewangan.

Beliau memaklumkan, RM700 juta daripada jumlah itu disalurkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk mengurangkan defisit Akaun Pembangunan, RM90 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Berkanun untuk penyelenggaraan jalan raya dan jambatan, manakala RM66 juta lagi kepada Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri.

Masidi berkata, peruntukan tambahan itu turut membolehkan kerajaan meneruskan program pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur, bantuan pendidikan, kebajikan rakyat serta operasi kementerian dan jabatan sehingga akhir tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal