Oleh: Nurul Fazliana Norman
SHAH ALAM: 7 Julai – Seorang murid yang cedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah di Selangor sedang menerima rawatan di hospital, manakala suspek pelaku ditahan polis.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan pihaknya memberi kerjasama penuh kepada polis untuk membantu siasatan.
Menurut kenyataan itu, keutamaan ketika ini adalah memastikan murid yang cedera menerima rawatan terbaik selain memberikan bantuan kepada keluarga mangsa.
Pasukan kaunselor bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling turut digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah.
JPN Selangor turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

