Warga emas sorok 2,600 liter petrol disiasat

660482149 941964685145136 7472320379067033911 n

PITAS: 5 April 2026 – Seorang lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai menyimpan 2,600 liter petrol tanpa kebenaran di Kampung Pagasaon, menurut kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan menemukan 13 tong drum berisi petrol yang disorok di belakang sebuah struktur bangunan dan ditutup dengan kanvas bagi mengelak dikesan.

Lelaki berusia 76 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkaitan barang kawalan.

Operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kudat bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat menerusi Ops Tiris 4.0.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Kudat, Nazatul Shima Karim, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal