Perogol remaja bawah umur ditahan

IMG 1557

TAWAU: 26 Mac 2026 – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas merogol seorang remaja perempuan bawah umur dalam kejadian di kawasan Merotai Besar, Tawau.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, suspek berusia sekitar 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai hasil operasi yang dijalankan susulan laporan polis yang diterima.

Katanya, penahanan dilakukan di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar dengan bantuan masyarakat setempat.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di rumah saudaranya di kawasan berkenaan, dan suspek dilaporkan merupakan individu yang dikenali oleh mangsa.

Suspek telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber: Polis daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal