INDONESIA: 3 Mac 2026 – Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.5 melanda kawasan luar pantai barat Sumatera Utara pada jam 12.56 tengah hari tadi dan gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada koordinat 2.0 darjah Utara dan 96.5 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 112 kilometer tenggara dari Simeulue, Indonesia.
METMalaysia memaklumkan bahawa gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meterologi Malaysia
