Lebih 16,000 pemeriksaan OPS pantau Ramadan, 295 kes dikesan

FB IMG 1772354514361

PUTRAJAYA : 28 Februari 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Ops Pantau 2026 dari 19 Februari hingga 20 Mac bagi memastikan pematuhan undang-undang sekal gus memantau harga dan bekalan barang sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

FB IMG 1772354516141
Screenshot

Setakat 26 Februari, sebanyak 16,059 pemeriksaan dijalankan di seluruh Malaysia, melibatkan bazar Ramadan, pasar awam dan kedai runcit.

Hasilnya, 295 kes dikesan dengan nilai rampasan RM1.09 juta dan kompaun RM57,500. Kesalahan tertinggi ialah gagal mempamerkan tanda harga.

Di Sabah, sebanyak 1,430 pemeriksaan dijalankan dengan 59 kes direkodkan, melibatkan rampasan RM164,878 dan kompaun RM11,400.

KPDN turut meneruskan Program Jualan RAHMAH MADANI sempena Ramadan, menawarkan barangan keperluan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, pemantauan akan dipertingkat dan pengguna digesa menyalurkan aduan rasmi sekiranya mengesan sebarang pelanggaran undang-undang.

Sumber: KPDN Laman Rasmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal