KOTA KINABALU: 3 November 2025 – Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal kemungkinan berlaku banjir di negeri Sabah susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 3 November 2025, jam 3.00 petang.
Banjir dijangka berlaku bermula 4 November hingga 5 November 2025 sekiranya hujan berterusan berlaku di lembangan sungai utama di negeri Sabah.
Pihak JPS akan terus membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran dari semasa ke semasa sekiranya hujan berterusan berlaku di kawasan terlibat.
Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan yang berpotensi banjir dinasihatkan agar berwaspada, peka terhadap amaran semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa.
Maklumat lanjut serta amaran terkini boleh diperoleh melalui laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih MyPublicInfoBanjir.
Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

