8 PATI Ditahan Dalam Operasi Imigresen

photo 2025 11 07 10 21 20

TENOM: 5 November 2025 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meneruskan komitmennya membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui beberapa siri operasi penguatkuasaan di daerah Tenom dan Keningau.

Operasi yang dijalankan antara 4 hingga 5 November itu melibatkan 18 pegawai dari Pejabat Imigresen Tenom dan Keningau.

Sebanyak 65 individu diperiksa, dan hasilnya lapan orang PATI warganegara Filipina dan Indonesia ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

photo 2025 11 07 10 21 25

Menurut JIM Sabah, operasi berkenaan merangkumi beberapa tindakan seperti Ops Kutip, Ops Minyak dan Ops Belanja, yang dijalankan bagi memastikan tiada pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Semua individu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta berkenaan.

JIM Sabah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi serta menggaji PATI.

Jabatan itu turut menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi membantu usaha mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal