Tuesday, December 24, 2024

7,000 ekar tanah NT diserah di seluruh Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor bersama Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck
Lee, Presiden Usno Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Setiausaha Agung Star Datuk Edward Linggu, ADUN Tandek merangkap pengerusi penganjur Hendrus Anding

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri menyerahkan kira-kira 1,330 geran tanah anak negeri (NT) membabitkan kawasan seluas hampir 7,000 ekar di seluruh Sabah sejak 1 Mei tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, geran tanah itu sudah diserahkan kepada pemohon di Pitas iaitu sebanyak 206 geran, Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan pada hari ini sebanyak 281 geran diberi kepada pemohon di daerah ini.

Ketua Menteri menyampaikan geran membabitkan sebanyak 1,546.68 ekar tanah di majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Matunggong, Ahad.

“Lebih banyak permohonan akan diluluskan selepas ia melalui proses pengeluaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji meyakinkan yang beliau akan mempertimbangkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri Matunggong, Datuk Julita Majungki yang meminta Matunggong dinaik naik taraf menjadi sebuah daerah yang penuh.

Kerajaan juga akan membaiki jalan raya dan membina sebuah dewan masyarakat yang baru di sini, katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Wahab Kanak.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights