60 PATI Ditahan di Tawau

photo 2026 01 10 16 13 25

TAWAU: 8 Januari 2026 – Seramai 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah selepas pemeriksaan terhadap 192 individu di beberapa lokasi sekitar Tawau.

Menurut JIM Sabah, operasi pada 8 Januari itu melibatkan 19 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Tawau, dengan kesemua yang ditahan adalah warganegara Filipina dan Indonesia.

photo 2026 01 10 16 13 13
Sumber :Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

JIM memaklumkan bahawa semua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah dan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

photo 2026 01 10 16 13 30
Sumber :Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan awam dan risikan selama hampir seminggu di beberapa lokasi.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal