552.8 tan ayam dan fasiliti RM14.5 juta dirampas

photo 2026 03 04 13 58 18

PENAMPANG: 3 Mac 2026 – Sebuah operasi bersepadu melibatkan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berjaya merampas lebih kurang 552,851.24 kilogram produk ayam dan daging sejuk beku dalam serbuan di sebuah premis, di Kampung Nambazan, Donggongon, Penampang.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri bin Abd Rahman, serbuan yang dijalankan sekitar jam 10.00 pagi bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan Kementerian Kesihatan Malaysia itu adalah hasil risikan dan perkongsian maklumat antara agensi.

photo 2026 03 04 13 58 15

Pemeriksaan mendapati sebahagian produk ayam dan daging telah tamat tempoh, selain wujud keraguan terhadap dokumen yang dikemukakan, menunjukkan ketidakpatuhan terhadap undang-undang keselamatan makanan dan peraturan veterinar.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan, manakala rampasan turut melibatkan sebuah fasiliti penyimpanan sejuk, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM14.56 juta.

Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Veterinar 2015 dan Akta Makanan 1983.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal