53 PATI ditahan di Kota Kinabalu dan Tuaran

IMG 0472

KOTA KINABALU: Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Kutip dan Ops Sapu yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran selama dua hari, bermula 2 hingga 3 Februari lalu.

Sepanjang operasi, seramai 177 individu diperiksa, dengan hasil pemeriksaan mendapati 53 warga asing disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Daripada jumlah itu, 24 lelaki dan 29 wanita ditahan, kesemuanya warganegara Filipina.

Operasi penguatkuasaan berkenaan dilaksanakan oleh Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dengan kekuatan seramai 61 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu.

JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kehadiran PATI dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di negeri ini terus terpelihara.

Sumber : Jabatan Imegresen Negeri Sabah

https://www.facebook.com/share/p/1GVZe5R7SU/?mibextid=wwXIfr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal