KOTA KEMUNING: 3 Februari 2026 – Seramai 52 individu ditahan dalam Operasi Metal yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah kilang di Kota Kemuning selepas disyaki memiliki dan menggunakan kad pengenalan palsu.

Menurut JPN, hasil pemeriksaan mendapati sebahagian individu menggunakan kad pengenalan milik orang lain, manakala selebihnya memiliki dokumen pengenalan diri palsu.
Kesemua individu terbabit akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
