5,136 Tin Minuman Keras Seludup Dirampas

BEAUFORT: 6 September 2025 – Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minuman keras tidak bercukai dan merampas 5,136 tin pelbagai jenama dalam satu operasi khas di Beaufort, kelmarin.

Operasi Taring Landai Khas yang digerakkan jam 9 pagi itu merupakan hasil risikan berterusan terhadap rangkaian pengedaran arak seludup di sekitar Beaufort.

Seorang lelaki ditahan selepas kenderaan pacuan empat rodanya dikesan membawa muatan minuman keras tidak bercukai.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada serbuan di sebuah lot kedai yang dijadikan stor penyimpanan. Serbuan itu menemukan ribuan tin minuman keras tidak bercukai yang dipercayai disalurkan ke pasaran gelap tempatan.

Selain rampasan arak, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM174,250.90.

Kes kini disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan pihaknya akan terus menjalankan operasi membanteras aktiviti penyeludupan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal