Monday, December 23, 2024

510 menara telekomunikasi seluruh Sabah dalam pembinaan

TAMBUNAN: Sebanyak 510 lagi menara telekomunikasi masih dalam proses pembinaan dalam usaha kerajaan meningkatkan capaian 4G di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Katanya, setakat ini sebanyak 78 menara telekomunikasi sudah siap dibina. Jika kesemua 510 menara siap ia akan meningkatkan 90 peratus capaian 4G.

Bagi menaiktaraf lokasi sedia ada pula, sebanyak 2,196 lokasi sudah siap dinaik taraf kepada 4G daripada 3,500 lokasi yang telah dirancang. Pencapaian ini dijangka
meningkat menjelang penghujung tahun 2021 dan seterusnya pada tahun 2022.

“Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama penuh kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Program Jaringan Digital Nasional (JENDELA) ini,” kata Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ini ketika merasmikan Sambutan Program Tambunan Youth Festival Tahun 2022 di sini pada Sabtu.

Menurut Kitingan, para belia adalah golongan yang paling mendapat manfaat jika program Jendela ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Ini kerana, kerajaan tidak mahu golongan pelajar dan belia tidak tercicir dalam perkembangan teknologi semasa dan mendapat akses kepada bahan dan sumber rujukan pendidikan.

Mengenai Tambunan Youth Festival, Kitingan mengalu-alukan sambutan ini yang bertujuan mendedahkan peserta terhadap semua program untuk memperkasa jati diri. Program ini juga memberikan pendedahan kepada anak-anak muda dalam arus perdana pembangunan tanah air.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights