KOTA KINABALU: 25 Februari 2026 – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Sapu dan Operasi Kutip yang dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu pada 24 hingga 25 Februari kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), operasi berkenaan dijalankan oleh 24 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM Kota Kinabalu yang memeriksa seramai 72 individu terdiri dari warganegara Indonesia dan Filipina.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 44 individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Dalam jumlah tangkapan itu, dua adalah warganegara Indonesia iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dewasa, manakala selebihnya merupakan warganegara Filipina terdiri dari lapan lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan.
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah
