38 Botol Air Ketum bernilai Rm 950 Dirampas

photo 2026 01 28 10 02 04

KOTA BELUD: 28 Januari 2026 – Polis merampas 38 botol air rebusan daun ketum bernilai kira-kira RM950 dalam satu operasi di Kampung Keguraan Kota Belud, kelmarin.

Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun turut ditahan di sebuah rumah selepas pemeriksaan menemukan air ketum dengan anggaran isipadu keseluruhan 57 liter dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses bahan tersebut.

photo 2026 01 28 09 52 41

Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud susulan maklumat orang awam melalui Hotline NCID.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke BSJND IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber: Polis Daerah Kota Belud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal