32 Tong GPC Disita Dalam Serbuan KPDN Labuan

photo 2026 01 27 17 54 27

LABUAN: 26 Januari 2026 — Sebanyak 32 tong Gas Petroleum Cecair (GPC) bernilai RM4,399.80 disita dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan di sebuah premis tidak berdaftar, di pinggir bandar Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) KPDN Labuan, Tuan Amiluddin Malang, operasi dijalankan sekitar jam 10.00 pagi itu dilakukan hasil maklumat risikan Unit Perisikan KPDN, yang mengesan aktiviti mencurigakan melibatkan transaksi keluar masuk GPC di premis berkenaan.

photo 2026 01 27 17 54 33

Kesemua 32 tong GPC tersebut disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Di bawah akta sama, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat, hukuman denda yang lebih berat boleh dikenakan.

Sumber: KPDN WP Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal