31 PATI ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Kota Kinabalu dan Sipitang

IMG 0843

KOTA KINABALU; 12 FEB 2026 – Seramai 31 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu, Ops Kutip dan Ops Selera yang dijalankan secara berasingan di Kota Kinabalu dan Sipitang.

Di Sipitang, hasil pemeriksaan terhadap 30 individu, seramai 24 warga Filipina ditahan. Mereka terdiri daripada enam lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, 6 kanak-kanak lelaki dan 5 kanak-kanak perempuan.

Sementara itu di Kota Kinabalu, hasil pemeriksaan terhadap 16 individu membawa kepada penahanan 7 warga asing. Tangkapan membabitkan seorang lelaki dewasa warganegara China, seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa warganegara Filipina serta dua perempuan dewasa yang tidak dapat dikenal pasti kewarganegaraan.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi atau menggaji PATI.

Sumber : Jabatan Imigresen Negeri Sabah

https://www.facebook.com/share/p/1APftBwB5g/?mibextid=wwXIfr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal