Monday, December 23, 2024

30 wakil rakyat BN diperintah menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Istana Negara memerintahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap pada Rabu untuk proses menentukan perdana menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi menghadap pagi Rabu itu supaya Yang di-Pertuan Agong dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati, dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.”

Perkembangan ini selepas Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin diperintah menghadap, selepas Istana Negara mendapati tiada ahli Dewan Rakyat mempunyai sokongan majoriti.

Dalam kedudukan sekarang, PH memiliki wakil rakyat terbanyak iaitu sebanyak 82 orang berbanding 73 orang PN.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob mendedahkan BN tidak menyokong PH mahupun PN untuk membentuk kerajaan, dan akan kekal sebagai pembangkang.

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights