Saturday, October 26, 2024

288 ketua adat wanita dilantik sesi 2020-2023

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengambil serius pembabitan lebih ramai wanita dalam urus tadbir ketua adat di negeri ini bagi sesi akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pada sesi 2020-2023 seorang penyandang jawatan Ketua Daerah wanita iaitu Puan Edna Majimbun dilantik sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu.

“Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Daerah di Negeri Sabah,” katanya dan mahu lebih ramai wanita dilantik mengetuai hal-hal berkaitan adat dan budaya penduduk asal.

Katanya, kementeriannya telah melantik seramai 288 orang ketua adat wanita bagi sesi 2020-2023.

Senarai ini merangkumi seorang Ketua Daerah (KD), Ketua Anak Negeri (KAN) seramai 16 orang, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) 89 orang, Ketua Kampung (KK) 170 orang dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) 12 orang.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 7.6 peratus berbanding hanya 266 Ketua Adat wanita bagi sesi 2018-2020,” katanya ketika menjawab soalan Jannie Lasimbang (Kapayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.

Jannie bertanya apakah inisiatif-inisiatif yang sudah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai Ketua adat atau ketua kampung.

Menurut Masidi Edna Majimbun dilantik sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu yang pertama di negeri ini.

Lawatan ke akaun Facebook Edna Majimbun, beliau adalah bekas Unduk Ngadau Api Api pada tahun 1997. Kini berusia 44 tahun, beliau mempelajari segala selok belok adat dengan belajar daripada orang tua Kadazandusun dan masyarakat tempatan.

Edna pernah berkhidmat sebagai advokasi untuk kumpulan Psikologi “Dari Sudut Psikologi JJSM” mempromosikan kesedaran kesihatan mental di kalangan keluarga dan rakan-rakan dan juga belia.

Edna terbabit dalam mempelajari dasar dan etika Adat Asli kerana membantu bapanya OKK Datuk Eric Majimbun dengan segala persiapan dan pentadbiran.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights