285 PATI warga Filipina dihantar pulang

6990987a 63e4 4079 85a5 1e528307b8e6

LAHAD DATU: 23 Oktober 2026 – Seramai 285 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang melalui Pelabuhan Bongao, Filipina menggunakan feri komersial pada kelmarin.

Penghantaran itu dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, membabitkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Papar melalui ICQS Lahad Datu.

Tahanan terdiri daripada 129 lelaki dewasa, 71 perempuan dewasa, 40 kanak-kanak lelaki dan 45 kanak-kanak perempuan berusia antara empat bulan hingga 63 tahun. Kanak-kanak terbabit diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing.

Sehingga kini, seramai 6,417 tahanan PATI pelbagai warganegara telah dihantar pulang, merangkumi 4,288 warga Filipina, 1,789 warga Indonesia, 137 warga Pakistan, 141 warga China, 29 warga Vietnam dan 33 warga negara lain.

Menurut JIM Sabah, semua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki dokumen perjalanan sah sebelum proses pemindahan.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal