TYT bersama rakyat di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Tuaran

TUARAN: 12 April 2025 – Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Bin Haji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman hari ini.

Sambil menikmati juadah, mereka turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian, sketsa tarian, nyanyian artis-artis tempatan, serta penyanyi terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.

Ketua Menteri turut mengiringi Tuan Yang Terutama untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dalam sidang media singkat, Ketua Menteri menyatakan perasaan gembiranya atas kehadiran yang begitu ramai di majlis itu.

Katanya ia adalah acara tahunan yang membolehkan rakyat dari pelbagai lapisan dapat merayakan Hari Raya bersama dan memupuk jalinan hubungan masyarakat.

Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, wakil-wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal