Gempa Bumi Magnitud 5.8 Taiwan Tanpa Kerosakan

Pada 9 April, Taiwan dikejutkan oleh gempa bumi berukuran 5.8 magnitud yang berpusat di daerah Yilan, timur laut Taiwan.

Tidak seperti gempa bumi di Myanmar yang berukuran 7.7 magnitud pada 28 Mac yang telah meragut lebih 3,600 nyawa bersama kemusnahan besar, gempa bumi di Taiwan, meskipun gegaran dirasakan sehingga ke Taipei, pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan berlaku akibat kejadian tersebut.

Kedalaman gempa bumi ini direkodkan pada 72.4 kilometer. Jabatan bomba Taiwan mengesahkan bahawa tiada kerosakan dilaporkan, termasuklah di kawasan taman sains yang menempatkan sebahagian besar industri semikonduktor negara.

Taiwan, yang terletak di persimpangan dua plat tektonik, sememangnya rentan terhadap gempa bumi.

Insiden terkini ini mengingatkan kita kepada tragedi gempa bumi berskala 7.2 magnitud yang melanda Hualien pada April 2024, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa.

Gempa bumi yang lebih dahsyat pernah melanda Taiwan pada tahun 2016 yang meragut lebih 100 nyawa, dan 1999 yang mengakibatkan lebih 2,000 kematian.

Walaupun kejadian terkini ini tidak mengakibatkan kemusnahan, ia berfungsi sebagai peringatan berterusan tentang risiko geologi yang wujud di Taiwan dan kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana alam.

Sebelum kejadian gempa bumi di Myanmar, pada 25 Mac 2025, satu gempa bumi kuat tetapi cetek telah menggegarkan kawasan berhampiran persisiran pantai Pulau Selatan, New Zealand dengan kekuatan 6.7 magnitud dengan kedalaman 21 km.

Episenter gempa bumi terletak 165 km di barat daya Riverton dan di barat Invercargill, kedua-duanya terletak di Southland, New Zealand. Menurut laporan USGS PAGER, dianggarkan 83,000 orang merasai gegaran ringan.

Pada 2 April, Jepun dilanda gempa bermagnitud 6, pada 4 April gempa bermagnitud 7 melanda Tonga, dan pada 5 April Popua New Guinea merasakan gempa bermagnitud 6.9.

Sumber: Reuters, National Geographic, The Watchers, ABC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal