Tuesday, December 24, 2024

176 kes baharu Covid-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 176 kes baharu Covid-19 hari ini (November 8, 2022), turun dua kes berbanding kelmarin (178).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walau bagaimanapun angka ini diperolehi daripada sampel ujian yang jauh lebih banyak (2,076) tetapi dengan kadar positiviti yang menurun kepada 8.48 peratus.


Katanya, Kota Kinabalu yang mencatatkan jangkitan tiga angka kelmarin kembali merekodkan kes dua angka dengan 78 kes (-38).


“Tiga daerah lain juga merekodkan kes baharu dua angka ia itu Lahad Datu 19 kes (+13), Tuaran 15 kes (+9) dan Papar 12 kes (+4).


“Sebanyak 13 daerah tidak mencatat sebarang kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Sebanyak 170 daripada 176 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala lima kes dalam Kategori 3 dan satu kes dalam Kategori 5.


Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 78 (116)
Lahad Datu 19 (6)
Tuaran 15 (6)
Papar 12
Penampang 9 (10)
Keningau 8 (2)
Nabawan 8 (5)
Putatan 8 (5)
Tawau 8 (7)
Sandakan 4 (2)
Kota Marudu 3 (2)
Kudat 2 (8)Kunak 1 (0)
Semporna 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 07/11/2022)
Kluster Baharu
Tiada

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights