17 PATI Ditahan Dalam Operasi Khas di Sandakan

photo 2025 12 03 15 42 44

SANDAKAN: 2 Disember 2025— Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meneruskan komitmen membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui siri operasi penguatkuasaan di sekitar daerah Sandakan dari 1 hingga 2 Disember 2025.

Operasi tersebut dijalankan susulan aduan awam dan hasil risikan selama hampir seminggu di beberapa lokasi berasingan. Seramai 10 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Sandakan terlibat dalam operasi itu.

photo 2025 12 03 15 43 03

Daripada 58 individu yang diperiksa, seramai 17 warga asing dari Filipina dan Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah. 02 borang saman saksi turut dikeluarkan sepanjang pemeriksaan.

photo 2025 12 03 15 42 48

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal