16 Pati Ditahan dalam Operasi Imigresen Keningau

photo 2026 01 23 14 24 54

KENINGAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan 16 pendatang tanpa izin (PTI) dalam beberapa operasi penguatkuasaan di daerah Keningau baru-baru ini.

Sumber menyatakan, operasi dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama kira-kira seminggu, melibatkan 15 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Keningau pada 21 Januari. Daripada 22 individu diperiksa, 15 gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah, manakala seorang lagi ditahan dalam operasi berasingan.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa kebenaran.

Jabatan Imigresen Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi membanteras kehadiran PTI yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Semua individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PTI, termasuk majikan atau pemilik premis, bakal berdepan tindakan tegas.

Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PTI di kawasan masing-masing bagi memudahkan penguatkuasaan.

Sumber : Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal