TONGOD: 9 Oktober 2025 — Seramai 155 atlet Kontinjen SAGA Tongod dilepaskan secara rasmi hari ini bagi menyertai temasya sukan berprestij peringkat Sabah di Tawau bermula 11 hingga 15 Oktober 2025.
Pegawai Daerah Tongod, Mohd Yuesri Yusof diberi kepercayaan mengetuai kontinjen tersebut dengan misi membawa pulang pingat emas ke daerah itu.
Acara pelepasan turut diserikan dengan kehadiran masyarakat setempat sebagai tanda sokongan kepada para atlet muda.
Pelepasan kontinjen ini berlangsung serentak dengan Karnival Sukan Bola Sepak 9 Sepasukan Piala DMB di Kg Sanan dan Kg Semondu, yang turut menyaksikan sumbangan 55 set jersi kepada pasukan bertanding.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kesukanan dan memperkasa penglibatan belia Tongod dalam aktiviti sihat serta membina semangat juang tinggi mewakili daerah.
Sumber: FB Masiung Banah