KOTA KINABALU: 7 September 2026 – Seramai 133 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam 20 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri sepanjang 27 Ogos hingga 3 September lalu.
Operasi membabitkan pemeriksaan 289 orang di pelbagai lokasi strategik seluruh daerah Sabah.

Daripada jumlah itu, 97 tahanan merupakan warganegara Filipina 45 lelaki dewasa, 25 perempuan dewasa, 18 kanak-kanak lelaki, sembilan kanak-kanak perempuan.
JIM Sabah turut menahan 32 warganegara Indonesia membabitkan 27 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa.

Empat lagi tahanan warganegara Pakistan, semuanya lelaki dewasa.
JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan dipergiatkan secara berterusan di lokasi strategik seluruh daerah untuk memastikan pematuhan undang-undang imigresen.
Orang ramai diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara dan diminta melaporkan kegiatan PATI melalui saluran rasmi JIM Sabah.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

