120 Kg Sampah Pantai Tanjung Lipat Berjaya Dikutip

KOTA KINABALU: 10 Ogos 2025 – Program Beach Clean 4.0 anjuran We Care Society Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengumpulkan 70 sukarelawan pelbagai latar belakang termasuk pelajar kolej, kakitangan awam dan swasta bagi membersihkan Pantai Tanjung Lipat, pada 10 Ogos 2025 yang lepas.

Foto: Sebahagian peserta yang bersama-sama mengutip sampah.

Sepanjang 2.3 kilometer kawasan pantai dibersihkan dari sisa pepejal yang berpotensi merosakkan ekosistem marin. Sebanyak 120 kilogram sampah berjaya dikutip dan dilupuskan oleh DBKK, sekali gus mengembalikan keindahan pantai sebagai destinasi rekreasi masyarakat.

Selain pembersihan, sukarelawan turut menyertai aktiviti Shake, Sweat and Save the Beach Zumba dan sesi jamuan Meet & Greet bersama We Care Society Sabah. Program ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir 9.30 pagi selepas proses penimbangan sampah selesai, menandakan kejayaan satu lagi usaha kolektif masyarakat dalam melindungi khazanah alam negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal