114 PATI Indonesia dipindah ke negara asal

IMG 1938

TAWAU; 12 MAC 2026 – Seramai 114 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk laut Pelabuhan Tawau dalam satu program pemindahan tahanan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Program pemindahan siri keempat itu melibatkan 78 lelaki dewasa, 26 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

Kesemua individu terbabit dipindahkan ke Nunukan, Indonesia dan turut diiringi oleh pihak Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan tahanan PATI yang berjaya dipindahkan dari negeri Sabah ke negara asal masing-masing adalah seramai 1,653 orang.

55% daripada jumlah itu warganegara Filipina, diikuti 38% warga Indonesia, 4% Pakistan, 2% China dan 1% lain-lain warganegara.

JIM Sabah dalam kenyataan turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran komuniti dan tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan PATI boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau Sistem Pertanyaan Online (SPO).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal