LABUAN: 4 Februari 2026 — Seramai 10 warganegara China ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen yang dijalankan di empat kediaman sekitar taman perumahan Wilayah Persekutuan, kelmarin.
Dalam operasi itu, seramai 20 individu diperiksa, membabitkan 15 lelaki dan lima wanita, kesemuanya warganegara China.
Beberapa individu dipercayai cuba melarikan diri melalui pintu belakang kediaman sehingga berlaku aksi kejar-mengejar, namun kesemua mereka berjaya ditahan.
Operasi yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan.
Kesemua individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Selain tangkapan, JIM Labuan turut mengeluarkan empat saman kepada saksi bagi membantu siasatan lanjut.
JIM Labuan mengingatkan orang ramai dan majikan agar tidak melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin kerana tindakan tegas boleh diambil mengikut undang-undang sedia ada.
Sumber : Jabatan imegresen Malaysia W.P Labuan
