KOTA KINABALU: 16 Mac 2026 – Orang ramai berpeluang memenangi 10 tiket penerbangan domestik dan antarabangsa secara percuma sempena acara Global Premiere Chunk & Dunk yang akan berlangsung di Main Atrium, Suria Sabah Shopping Mall pada 22 Mac ini.
Pengasas Chunk & Dunk, Adam Shamil berkata, tiket penerbangan percuma dalam dan luar negara termasuk Filipina dan Korea Selatan ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang hadir ke majlis berkenaan dengan penajaan rasmi dari AirAsia.
Menurutnya, cabutan bertuah itu dijangka menjadi tarikan utama kepada orang ramai untuk memeriahkan acara bersejarah tersebut.
Beliau berkata, majlis berkenaan diadakan bagi meraikan pelancaran global jenama sajian manisan kelahiran Sabah yang bakal mengembangkan operasinya ke pasaran antarabangsa, khususnya di Filipina.
Selain cabutan tiket penerbangan percuma, majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan khas oleh artis tempatan dan antarabangsa.

Acara berkenaan akan dihoskan oleh pengacara terkenal Malaysia, Daphne Iking yang juga ikon kebanggaan negeri Sabah.
Selain itu, TV Sabah akan menyiarkan majlis berkenaan secara langsung, manakala stesen radio tempatan Kupi-Kupi FM turut memberikan sokongan bagi mempromosikan acara tersebut.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu sambil merebut peluang memenangi tiket penerbangan percuma yang disediakan khas kepada pengunjung bertuah
